OOPS. Your Flash player is missing or outdated.Click here to update your player so you can see this content.

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Maklumat Terkini

Tiada Maklumat Terkini

Undian

Setakat manakah anda berpuashati dengan maklumat yang terkandung dalam laman web Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan?
 

Pautan

Perutusan Penaung PDF Cetak E-mail

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kita berjaya membangunkan portal Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan membuktikan keperihatinan Kerajaan terhadap keperluan sokongan masyarakat yang dihadapkan ke mahkamah dalam perkara jenayah tetapi tidak berkemampuan untuk mendapat khidmat guaman.  Sehubungan itu, portal ini dapat memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat serta prosidur mengakses perkhidmatan panel peguam yang sanggup membantu mereka.

Portal ini juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengutarakan pandangan dan maklum balas atau membuat pertanyaan mengenai perkhidmatan YBGK.  Saya mengalu-alukan pandangan yang membina yang dapat menambah baik portal dan juga perkhidmatan YBGK.  Semoga maklumat dalam portal ini menjadi gerbang kepada semua pihak yang berkepentingan.

Selamat melayari Portal YBGK.

 

YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ

PENAUNG

YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN

 
Hakcipta © 2013 . Laman Web Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Penafian :
Walaupun segala penelitian telah diambil dalam penyediaan maklumat dalam laman web portal ini; tiada warranti sama ada nyata atau tersirat diberikan oleh YBGK tentang kesempurnaan dan ketepatan maklumat yang diberi, dan YBGK tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan yang mungkin berlaku. YBGK tidak sekali-kali boleh dipertanggungkan atau dipertanggungjawabkan bagi apa jua kerugian, termasuk tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan maklumat yang terkandung dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.