Objektif Penubuhan

Objektif YBGK

Tujuan penubuhan YBGK adalah untuk memberi bantuan dan nasihat guaman dalam kes jenayah kepada golongan yang kurang berkemampuan supaya mendapat akses kepada keadilan dengan sewajarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Fasal (3) Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

               "(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya."

Bantuan guaman dalam kes jenayah juga penting bagi memastikan semua pihak mendapat hak kesamarataan di sisi undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyl:

               (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan sama rata di sisi undang­undang."

Penubuhan YBGK ini adalah antara usaha Kerajaan bagi memastikan golongan yang kurang berkemampuan yang dipertuduh di mahkamah atas kesalahan jenayah untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila mereka diwakili oleh peguam.

Selain itu, YBGK ditubuhkan untuk perkara yang berikut:

  1. untuk mewujudkan dan menyelenggara dana yang akan digunakan untuk tujuan membiayai penyediaan bantuan guaman dalam prosiding jenayah kepada mereka yang memerlukan bantuan guaman dan untuk perkara-perkara lain yang berkaitan;
  2. memulakan dan menjalankan program pendldikan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman orang ramai mengenai hak, kuasa, keistimewaan dan kewajipan mereka di bawah undang-undang Malaysia; dan
  3. menyediakan maklumat kepada orang ramai mengenai adanya bantuan guaman dalam perkara jenayah oleh peguam YBGK.
Translate »
X