Perbicaraan

Perbicaraan

Jikalau anda tidak mengaku salah ke atas pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan semua keterangan yang dikemukakan bagi menyokong kes pihak pendakwaan.

Dalam berbuat demikian, pengadu dan orang-orang yang boleh memberi keterangan untuk pihak pendakwaan boleh disaman untuk memberi keterangan di Mahkamah. Ketika semua saksi pendakwaan itu memberi keterangan, anda hendaklah dibenarkan memeriksa balas mereka.

Peguam YBGK boleh mewakili anda memeriksa balas saksi-saksi pendakwaan tersebut sekiranya YBGK telah dimaklumkan lebih awal berhubung permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian. Bagi mendapatkan perkhidmatan peguam YBGK untuk tujuan perbicaraan, anda atau rakan/ahli keluarga anda boleh menghubungi YBGK untuk ditemuduga terlebih dahulu.

Anda boleh memaklumkan kepada YBGK tentang apa yang berlaku pada hari anda ditangkap termasuk tempat, tarikh dan masa bagi peristiwa-peristiwa yang membawa kepada penangkapan anda dan apa-apa fakta lain yang relevan.

Sekiranya terdapat dokumen yang telah diserahkan kepada anda oleh pihak pendakwaan, ia hendaklah disimpan dengan baik sehingga diserahkan kepada YBGK.

X