Rayuan

Rayuan

Sekiranya anda tidak berpuas hati terhadap keputusan mahkamah rendah berhubung jaminan, hukuman, atau sabitan, anda boleh merayu terhadap keputusan tersebut.

Sila ambil maklum bahawa tempoh pengemukaan rayuan adalah empat belas (14) hari daripada tarikh mahkamah rendah memberikan keputusan. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk menghubungi YBGK sejurus selepas keputusan mahkamah tersebut.

Peguam YBGK boleh mewakili anda dalam rayuan tersebut sekiranya YBGK telah dimaklumkan lebih awal berhubung permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan sedemikian. Bagi mendapatkan perkhidmatan peguam YBGK untuk tujuan rayuan, anda atau rakan/ahli keluarga anda boleh menghubungi YBGK untuk ditemuduga terlebih dahulu.

X