Reman

Reman

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis perlu membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).

Lazimnya, perkhidmatan peguam YBGK disediakan di tempat permohonan reman dijalankan. Tugas peguam YBGK adalah untuk memohon kepada Majistret supaya perintah tahanan reman tidak diberikan atau memohon tempoh tahanan reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis.

Selain itu, anda boleh memaklumkan kepada peguam YBGK yang bertugas:

  • Jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit;
  • Jika pihak polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
  • Jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
  • Sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; dan
  • Sama ada pihak polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.

Sekiranya tiada peguam YBGK yang bertugas di tempat permohonan reman dijalankan, anda boleh maklumkan sendiri kepada Majistret bahawa anda mahu diwakili oleh peguam YBGK dan anda mahu menghubungi YBGK.

X