Jumlah Peruntukan
Jumlah Peruntukan YBGK
Sejak tahun 2011 hingga kini, bagi menampung pembayaran kepada perkhidmatan peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) termasuk kos operasinya, kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada YBGK. Bagi tempoh tersebut, jumlah keseluruhan peruntukan yang telah diterima oleh YBGK adalah sebanyak RM 115,528,400, dengan pecahan peruntukan mengikut tahun seperti yang diperincikan dalam graf di bawah.