Perkhidmatan

Perkhidmatan

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) menyediakan bantuan guaman percuma bagi kes jenayah kepada:

1. Warganegara Malaysia (tanpa mengambil kira tahap pendapatan); dan
2. Bukan warganegara di bawah umur 18 tahun, tertakluk kepada skop perkhidmatan berikut.

Peringkat Bantuan
Bantuan guaman disediakan di peringkat:

Bagi peringkat perbicaraan dan rayuan, bantuan guaman diberikan kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara di bawah umur 18 tahun yang berpendapatan tidak melebihi RM50,000 setahun, tertakluk kepada ujian kemampuan.

Kes Hukuman Mati
YBGK tidak menyediakan bantuan guaman bagi kesalahan jenayah yang membawa hukuman mati. Walau bagaimanapun, bantuan diberikan di peringkat tangkapan dan reman, serta dalam penyediaan Petisyen Pengampunan bagi banduan yang menunggu hukuman mati.

Kes Jenayah Syariah
YBGK turut menyediakan nasihat dan bantuan guaman bagi kes jenayah syariah. Pada masa ini, perkhidmatan ini dilaksanakan di Melaka, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang, dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai tahun 2026.

Perkara di Luar Skop YBGK
YBGK tidak menyediakan nasihat dan bantuan guaman bagi:

  • Kes sivil (contoh: kemalangan, perceraian sivil, kontrak, hutang dan tuntutan pengguna);
  • Kes syariah sivil (contoh: perceraian, jagaan anak dan faraid);
  • Pertikaian perusahaan dan pertikaian antara individu; dan
  • Urusan pemindahan hak milik tanah.

Bagi aduan berkaitan kesalahan jenayah, orang awam dinasihatkan untuk menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM).